Ayah Wan Kuzri Jelaskan Punca Anaknya Tak Dapat Sertai Skuad Brad Maloney
Dunia
FAM
Advertisements

Ayah kepada pemain muda negara, Wan Ahmad Kamal tampil menjelaskan punca sebenar anaknya tidak dapat menyertai skuad bawah 23 tahun negara di kejohanan Piala AFF U23.

Perkara itu dijelaskan Wan Kamal pada ruangan komen Facebook miliknya hari ini. Ketika beliau ditanya oleh salah seorang penulis MakanBola, Wan Kamal menjelaskan 3 sebab utama yang menjadi punca Wan Kuzri tidak dapat menyertai skuad kali ini.

“Wan Kuzri betul-betul nak bantu skuad Malaysia bawah 23 tahun. Namun dengan semester universiti yang baru sahaja bermula, tempoh masa kuarantin dan keadaan cuaca yang buruk di AS menyukarkan dia untuk melakukan perjalanan tepat pada masanya untuk pulang ke Malaysia.”

Advertisements

Wan Kamal dalam pada itu turut menyatakan bahawa anaknya, Wan Kuzri tidak gembira dengan keputusan itu. Oleh kerana banyak isu yang menggugat, beliau terpaksa menerima dengan hati yang terbuka.

“Dia tidak gembira langsung tetapi tiada apa yang boleh kami lakukan. Tunggu sahaja musim panas nanti, InsyaAllah,” ujar Wan Ahmad Kamal.

Wan Kuzri terpaksa digugurkan daripada skuad Brad Moleney kerana tidak hadir melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan. Skuad bawah 23 tahun negara akan memulakan kempen Piala AFF U23 pada 14-26 Februari di Kemboja kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram