Advertisements
Babak Jorge Obregon ‘Diserang’ Secara Psikologi
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Obregon telah diserang secara psikologi sebelum meledak jaringan ketika bertemu Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super pada Jumaat.

Aksi tersebut telah berjaya dikesan lensa kamera di mana Obregon yang sedang bersedia mengambil sepakan penalti telah menerima kata-kata psikologi daripada penjaga gol Negeri Sembilan, Tauffiq Ar Rashid.

Biarpun ditekan dengan hebat, namun Obregon tenang menyempurnakan sepakan penalti itu untuk memberikan kemenangan selesa 4-0 buat JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Video yang dikongsikan pemilik akaun Tiktok, Waq Lyn Jdt itu telah tular dan sudah ditonton lebih 176 ribu kali selain menerima lebih 11 ribu tanda suka.

Untuk rekod, Obregon yang baru menyertai JDT pada penghujung Ogos lalu sudah meledak tiga jaringan dalam enam penampilannya bersama Harimau Selatan.

Dua jaringannya terhasil bagi saingan Liga Super manakala satu lagi jaringannya adalah bagi saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Khidmat Obregon dijangka akan terus ditagih JDT pada aksi ACLE seterunsya apabila JDT dijadualkan melayan kunjungan juara Liga K1 Korea, Ulsan HD yang dilatih bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon pada 5 November ini.