Bakat Baru: Bekas Pemain Muda Man United Berpotensi Sarung Jersi Malaysia
Harimau Malaya
tomsang8
Advertisements

Semakin hari, semakin ramai pemain berdarah keturunan Malaysia yang beraksi di luar negara berjaya dikesan oleh pencari bakat.

Terkini, bekas pemain muda Manchester United yang kini beraksi bersama kelab divisyen tiga England, Port Vale iaitu Thomas Roy Sang dikesan mempunyai keturunan Malaysia.

Dalam satu hantaran di laman Instagram pencari bakat, Frfuturetalents, Thomas Roy Sang atau Tom Sang dikatakan mempunyai pertalian darah Malaysia melalui datuknya. Ayah Tom Sang iaitu Neil Sang adalah bekas pemain profesional di England.

Advertisements

“Thomas Roy Sang dilahirkan di Liverpool, United Kingdom. Beliau mempunyai keturunan Malaysia melalui datuk dan neneknya. Bapanya ialah Neil Sang, bekas pemain bola sepak profesional di England,” dedah Frfuturetalents.

Baru berusia 24 tahun, Tom Sang merupakan pemain utama bagi kelab Port Vale dan mampu beraksi di pelbagai posisi seperti pertahanan kanan, pertahanan tengah, sayap kanan dan posisi tengah bertahan.

Versatiliti yang dimiliki beliau sudah pasti akan menjadi aset terbaik buat Harimau Malaya jika dipanggil ke dalam skuad kebangsaan satu masa nanti.

Advertisements

Untuk rekod, Tom Sang sudah beraksi dalam 32 perlawanan untuk Port Vale musim ini dan telah menyumbang empat bantuan gol. Lebih menarik, beliau belum dilayangkan sebarang kad kuning dalam 32 aksi tersebut.

Namun begitu, segala keputusan untuk memanggil Roy Sang bergantung kepada penilaian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon.

Ini bukanlah kali pertama, pencari bakat menjumpai pemain berdarah Malaysia yang beraksi di liga eropah. Sebelum ini, beberapa pemain dari Belanda juga telah dikesan mempunyai pertalian darah Malaysia.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram