Bek Kiri Maghribi Bakal Perkuat Kedah?
Dunia
Maghrib Foot
Advertisements

Ketika ini, Kedah sedang mengenalpasti pemain import baru bagi membantu menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Dengan Helang Merah dikatakan mahu membawa pemain dari Maghribi, mungkinkah pemain yang dimaksudkan ialah bek kiri Singa Atlas, Yahia Attiyat Allah?

Sekiranya benar tonggak pertahanan Maghribi itu menyertai Kedah, ia sudah pasti menarik minat peminat bola sepak termasuk penyokong Helang Merah. Ini kerana pencapaian Maghribi berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 membanggakan dunia Afrika, Arab dan Islam amnya. Secara tidak langsung, ia menambah kualiti di bahagian pertahanan Kedah dengan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi mengawal gawang pasukan berkenaan.

Attiyat Allah ketika ini beraksi di Wydad Athletic Club dan pernah menjulang Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) bersama kelab itu pada musim lepas. Selain Wydad, pemain yang boleh beraksi di sayap kiri itu juga pernah bermain di kelab Liga Super Greece, Volos pada 2019. Dengan keupayaannya beraksi di bahagian tengah dan pertahanan, bek kiri Singa Atlas itu boleh menjadi aset berguna kepada jurulatih baru Kedah, Nafuzi Zain.

Advertisements

Selain Attiyat Allah, beberapa nama lain turut dicanang sebagai calon pemain import Kedah dari Maghribi iaitu Yahya Jabrane dan Abderrazak Hamdallah. Walau siapapun pemain Maghribi yang dikatakan diintai Helang Merah, ia bukan sekadar menambah kualiti pasukan. Malah, ia memperlihatkan cita-cita Kedah mencabar trofi-trofi Liga Malaysia musim hadapan dan memburu slot kelayakan Piala AFC/Liga Juara-Juara AFC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram