Bekas Tonggak Import Kedah Beraksi Lawan England
MakanBola
KDAFC/FAF

Nama bekas orang besi Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Marc Vales kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia.

Ini selepas bek tengah berusia 35 tahun itu beraksi untuk Andorra dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Eropah menentang England.

Vales masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-75 menggantikan pemain tengah, Pau Babot. Meskipun hanya beraksi selama 15 minit, beliau membantu Andorra tewas tipis 1-0 kepada The Three Lions.

Ini dilihat satu kejayaan buat Andorra. Ini kerana pasukan ke-173 dunia itu sering menjadi pasukan belasahan di peringkat antarabangsa.

Ini bukan kali pertama Vales turun berdepan England. Bekas bek tengah Sandefjord itu juga pernah menentang The Three Lions dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada tahun 2021.

Setahun selepas itu, Vales berkelana ke Malaysia dan menyertai Kedah. Beliau merekodkan 17 perlawanan, dua gol dan satu bantuan gol sepanjang musim 2022.

Vales membantu Kedah menamatkan musim di tangga kelapan liga dan mara ke pusingan kalah mati Piala AFC.