Bencana Rusuhan Landa Bola Sepak Argentina
Dunia
Getty Images
Advertisements

Dunia masih terkejut dengan apa yang berlaku di Kanjuruhan beberapa hari sebelumnya. Tetapi hari ini, satu lagi insiden rusuhan dilaporkan berlaku di Argentina.

Insiden rusuhan ini tercetus sekitar minit kesembilan perlawanan liga Argentina antara Boca Juniors dengan Gimnasia La Plata. Akibatnya, pengadil mengarahkan perlawanan tersebut dibatalkan.

Rusuhan tercetus akibat tindakan sekumpulan penyokong Gimnasia cuba masuk ke Stadium Juan Carmelo Zerillo walaupun stadium penuh. Ini memaksa polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan mereka.

Advertisements

Akibatnya, seorang penyokong dilaporkan mati akibat sakit jantung selepas dibawa ke hospital. Perlepasan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa turut memaksa pemain dan penyokong menutup muka dan cuba menyelamatkan diri.

Hanya penyokong Gimnasia dibenarkan masuk ke Stadium Juan Carmelo Zerillo untuk perlawanan ini. Ini disebabkan tindakan kerajaan wilayah Buenos Aires yang melarang kehadiran penyokong lawan sejak 2013 bagi mencegah pergaduhan penyokong.

Pemain Gimnasia Leonardo Morales berkata, “Anak saya yang berusia dua tahun tak boleh bernafas. Kami merasa terdesak dan bimbang dengan nasib penyokong. Ini satu kegilaan.

Advertisements

“Kami sedang bermain bola sepak normal dan ia bertukar kepada ini (insiden rusuhan) dan perasaan bahawa saudara-mara kami hampir mati.”

Insiden di Stadium Juan Carmelo Zerillo ini mirip dengan apa yang berlaku di Kanjuruhan. Sebabnya sama, pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong.

Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengecam sekeras-kerasnya insiden tersebut dan berikrar bekerja lebih keras untuk menghentikan lebih banyak rusuhan daripada berlaku dalam stadium.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram