Advertising
Benjamin Mora Mahu Cabaran Lebih Besar Lepas Tinggalkan York United
MakanBola
York United FC

Bekas pengendali York United FC, Benjamin Mora menagih cabaran lebih besar selepas meninggalkan kelab Canada, York United.

Jodoh jurulatih kelahiran Mexico itu di Canada tidak panjang apabila hanya bertahan selama 6 bulan dan memilih untuk membawa haluan baharu.

Ad

Jurulatih berusia 46 tahun itu bercakap kepada laman AS Mexico mengenai keputusannya untuk meninggalkan York United kurang setahun bersama pasukan.

Ad

“Secara asasnya, saya memilih untuk tidak meneruskan cabaran bersama York United selepas kontrak saya tamat baru-baru ini.

Mora juga melihat bahawa aspirasi pasukan tidak selari dengan keinginannya yang mahukan cabaran lebih besar dalam karier pengurusannya.

Ad

“Kita tidak berjaya mencapai persetujuan sama ada dari segi ekonomi dan juga keinginan pasukan dari segi sasaran. Saya melihat perkembangan liga dan kelab ini tidak sesuai dengan sasaran dan keinginan saya,” jelasnya kepada AS Mexico.

Ad

Beliau sempat merakamkan ucapan penghargaan kepada kelab atas peluang yang diberikan dan berjaya membantu York United untuk mencapai sasaran jangka pendek pasukan.

Ad

York United berjaya bangkit untuk memperoleh prestasi sebenar dan melonjak ke tangga keempat Canadian Premier League.

Mora juga pernah berkhidmat di Malaysia bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula tahun 2015 hingga 2022 sebelum pulang ke Mexico dua tahun lalu.

Masa depannya masih menjadi tanda tanya tatkala keinginannya untuk kembali ke Mexico namun sedia melihat peluang terbaik pada masa hadapan.