Advertising
Bergson Mampu Beri Impak Buat Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers

Peledak berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dilihat mampu beri impak besar kepada Harimau Malaya.

Perkara itu dinyatakan penganalisis sukan negara, Rizal Hashim apabila ditanya tentang impak Bergson sekiranya beliau menyertai skuad kebangsaan.

Ad

Rizal melihat rekod jaringan hebat bekas penyerang Fortaleza itu mampu memberi nilai tambah kepada jentera serangan Harimau Malaya.

Ad

“Antara pilihannya adalah menaturalisasikan Bergson pada masa yang tepat dalam tempoh boleh ditampilkan atau digunakan dalam perlawanan menentang Vietnam,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

“Apakah itu antara pilihannya, saya pun tak pasti dan ia terbuka kepada spekulasi. Tetapi betullah Bergson pemain impak yang boleh memberi nilai tambah kepada skuad kebangsaan sekarang.”

Ad

Sejak menyertai JDT pada 2021, Bergson sudah meledakkan 140 gol daripada 135 penampilan. Beliau turut mencipta 28 bantuan gol buat Harimau Selatan.

Ad

Selain Bergson, beberapa lagi nama turut dicanang sebagai calon pemain naturalisasi Harimau Malaya seperti Manuel Hidalgo, Jordan Mintah dan Giancarlo Gallifuoco.

Ad

Sebelum ini, bekas penyerang Gremio itu pernah memberi bayangan bahawa beliau semakin hampir menyertai skuad Harimau Malaya.

Skuad negara berada dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Laos dan Nepal untuk aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2027.

Harimau Malaya bakal membuka kempen kelayakan dengan menentang The Gorkhalis pada 25 Mac ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments