Bergson Sudah Lepas Syarat Wakili Malaysia?
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ayam tambatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dikhabarkan sudah pun melepasi syarat paling utama untuk melengkapkan proses naturalisasi sebagai rakyat Malaysia.

Status naturalisasi Bergson Da Silva sebelum ini menjadi tumpuan ramai ketika mana pelbagai petanda diberikan untuk menggambarkan proses tersebut sedang berjalan lancar.

Persembahan konsisten penyerang berbisa JDT ini semakin membuatkan peminat teruja dan menguatkan impian untuk menonton Bergson memperkuat jentera serangan Harimau Malaya.

Laporan terkini daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bahawa Bergson dilihat telah melengkapkan syarat penting untuk mendapatkan status kewarganegaraan Malaysia.

Hal ini kerana, penyerang kelahiran Brazil itu dilaporkan sudah melengkapkan pemastautinan selama 5 tahun di Malaysia sejak memperkuat JDT pada 3 Februari 2021 lalu.

”Bergson da Silva tampak sudah melengkapkan syarat mendapat status naturalisasi iaitu 5 tahun di Malaysia selepas menyertai JDT sejak 3 Februari 2021,” lapor Zulhelmi Zainal Azam.

Begitupun, masih belum ada pengesahan rasmi dari mana-mana pihak baik daripada pengurusan kelab JDT mahupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai proses ini.

Untuk rekod, musim ini sahaja, Bergson sudah mencetak 25 jaringan daripada 170 gol sepanjang 5 tahun bersama skuad Harimau Selatan sekaligus meletakkan nama beliau sebagai penyerang prolifik di Malaysia.