Bernd Storck Dilantik Sebagai Jurulatih Baru KV Kortrijk
Dunia
KV Kortrijk
Advertisements

Selepas Adnan Custovic disingkirkan sebagai pengurus KV Kortrijk, kelab Pro League Belgium itu telah melantik jurulatih Jerman, Bernd Storck sebagai pengurus baru mereka.

Storck bukan asing dalam kalangan peminat bola sepak Belgium. Selain Kortrijk, beliau juga pernah membimbing Mouscron, Cercle Brugge, Racing Genk dan Eupen. Storck juga pernah menjadi jurulatih Hungary dari 2015 hingga 2017.

Storck diberi kontrak sehingga akhir musim dengan satu matlamat: keluarkan Kortrijk dari zon penyingkiran Pro League. Dengan De Kerels berada di tempat ke-17 liga, situasi itu pastinya mahu dihindari pengerusi Ronny Verhelst dan pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan.

Advertisements

Storck dijangka akan dibantu oleh penolong jurulatih Matyas Czuczi. Czuczi amat dikenali bekas jurulatih Almaty itu kerana pernah menjadi penolongnya di Eupen.

Dengan perlantikan Storck, apakah ini peluang untuk Luqman Hafiz menyinar bersama pasukan senior? Yang pasti, aspek kepantasan dan kebijaksanaan yang dimilikinya di atas padang harus ditambahbaik bagi memperlihatkan kematangan permainannya.

Jika itu dapat direalisasikan, tidak mustahil Luqman Hafiz dapat bermain dengan lebih konsisten di bawah bimbingan Storck.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram