BG Pathum United Hantar Dua Pemain Berlatih Di Oxford United
Dunia
BG Pathum United
Advertisements

Kelab gergasi Thailand, BG Pathum United terus berusaha memantapkan pembangunan semua aspek kelab termasuk pembangunan pemain. Terbaru, The Rabbits mengumumkan telah menghantar dua pemain muda mereka, Waris Choothong dan Supasan Arjrod berlatih bersama kelab EFL League One, Oxford United selama enam bulan.

Usaha ini terhasil daripada hubungan erat yang terjalin antara kedua-dua kelab menerusi pemilik The Rabbits, Bangkok Glass (BG). BG merupakan penaja rasmi jersi The U’s untuk dua musim dari 2022 hingga 2024. Ia merupakan kesinambungan penajaan jersi latihan Oxford United membabitkan BG yang dimeterai pada musim 2021/2022.

Dua pemain yang dihantar, Choothong dan Arjrod merupakan graduan akademi BG Pathum United yang berpotensi beraksi bersama pasukan utama. Arjrod membuat penampilan profesional pertama bersama Rajpracha FC pada perlawanan kedua Liga 2 Thailand 2021-22. Dia juga mewakili pasukan bawah 19 tahun Thailand.

Advertisements

Sementara Choothong pula turut membuat penampilan sulung profesional bersama Rajpracha FC dalam perlawanan kedua Liga 2 Thailand 2021-22. Baru-baru ini, dia juga membantu Debsirin School memenangi kejohanan bola sepak budak sekolah 7HD yang pertama di Channel 7HD. Berkebolehan beraksi di bahagian pertahanan dan tengah, Choothong juga mewakili pasukan kebangsaan bawah 19 dan 23 tahun.

Dengan memberi penekanan kepada pembangunan pemain muda, mungkin ini menjelaskan khabar angin The Rabbits mengintai khidmat penyerang muda JDT, Ramadhan Saifullah. Pemain-pemain sebegini boleh saja menjadi aset jangka panjang kepada kelab dalam melakar lebih banyak kecemerlangan di peringkat domestik dan Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram