Bintang Thailand, Supachok Sarachat meluahkan kegusaran apabila bakal turun menentang Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila.
Skuad Thailand ketika ini berada di Manila dan sedang dalam persiapan rapi menjelang perlawanan separuh akhir pertama ASEAN Mitsubishi Electric Cup (AMEC) bertemu Filipina pada Jumaat.
Menurut pemain Thailand, Supachok Sarachat, jenis rumput tiruan di Stadium Memorial Rizal bukanlah kegemaran beliau namun itu bukan alasan untuk tidak memberikan aksi terbaik.
“Sejujurnya, saya sangat tidak menggemari padang rumput tiruan sama sekali. Kami tidak bermain di padang seperti ini setiap hari tetapi kami akan berusaha sehabis baik tanpa alasan.”
Berdasarkan pengalaman beliau bermain di atas rumput tiruan stadium tersebut sebelum ini, keadaan padang itu agak sedikit keras dan akui takut dengan risiko kecederaan.
”Keadaan padang agak keras. Saya pernah bermain di sini sebelum ini dan secara peribadi saya tidak meminati (padang rumput tiruan),” kata Supachok menurut laporan Thairath.
”Mungkin ada masalah dengan dengan keadaan padang yang buatkan sedikit risau (menimpa kecederaan),” jelas pemain Consadole Sapporo itu lagi.
Filipina dan Thailand akan bertemu di Stadium Memorial Rizal pada Jumaat, 27 Disember dengan sepak mula perlawanan tepat jam 9 malam waktu Malaysia.