Ads
Dunia
KL City FC

Selepas gagal mendapatkan khidmat Bojan Hodak dari KL City, kelab Liga Perdana Singapura (SPL) Lion City Sailors telah melantik bekas jurulatih Melaka United, Risto Vidakovic sebagai jurulatih baru. Vidakovic dilihat orang yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kim Do-hoon musim lepas.

Advertisements

Sebelum ini, sudah wujud ura-ura The Sailors mahukan Hodak yang menjulang Piala Malaysia bersama City Boys pada 2021. Dan mengikut wartawan sukan T. Avineshwaran, kedua-dua pihak ada mengadakan perbincangan awal tentang jawatan jurulatih pasukan yang berpangkalan di Stadium Bishan itu. Bagaimanapun, perbincangan terhenti selepas The Sailors dan Hodak tidak bersetuju tentang soal gaji yang ditawarkan.

Advertisements

Yang pasti, bagi Vidakovic, bekas jurulatih Borneo FC itu pasti mahu bangkit selepas dipecat oleh skuad Hang Tuah pada awal musim 2022. Tetapi Vidakovic bakal berdepan tekanan untuk menjadikan The Sailors sebagai pencabar utama SPL dan melakar lebih banyak pencapaian di peringkat Asia tanpa berbelanja besar.

Advertisements

Advertisements
Advertisements

Ini selepas pemilik kelab, SEA Limited berdepan kerugian pada tahun 2022 sekaligus memaksa kelab mengurangkan perbelanjaan mereka. Ini mengakibatkan kuartet pemain senior Gabriel Quak, Faris Ramli, Shahdan Sulaiman dan Hassan Sunny bersama beberapa staf kejurulatihan dilepaskan daripada kontrak mereka. Vidakovic bakal mengambil alih pasukan dari pemangku jurulatih Luka Lalic menjelang pra-musim bermula Januari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram