Brad Maloney: Itulah Yang Bakal Terjadi Apabila Menentang Pasukan Yang Bagus
Dunia
India Footy
Advertisements

Brad Maloney bangga dengan prestasi anak buahnya dalam kempen Piala Asia AFC B-23 di Uzbekistan walaupun tewas 4-1 kepada Korea Selatan semalam.

“Jelas sekali Korea adalah lawan yang bagus, dan kami sudah menjangkakan perlawanan yang sukar dan itulah apa yang mereka berikan kepada kami (kekalahan).

“Tetapi prestasi pemain saya membanggakan saya, mereka tidak putus asa, pemain mencipta peluang dan mereka memperoleh jaringan kemudian malangnya beberapa jaringan lewat permainan.

Advertisements

“Itulah apa yang terjadi apabila anda bermain menentang pasukan yang bagus (Korea), dan mereka menghukum kami.

“Saya rasa pemain saya menunjukkan disiplin tinggi pada separuh masa pertama dan menyukarkan pasukan Korea menjaringkan gol dan bersambung babak ke-2, perlawanan sedikit berubah, kami mencipta peluang.

Advertisements

“..dan ianya membuka ruang kami mencipta peluang dan pemain saya diberikan (berjaya menghasilkan) 1 jaringan di mana ianya bagus.

“Dan kami memberikan beberapa peluang kepada Korea dan kami dihukum akhirnya. Kredit kepada Korea, mereka menggunakan peluang yang ada dengan sangat baik,” jelasnya semasa sesi sidang media selepas perlawanan.

Advertisements

Malaysia bakal bertemu Thailand pada 5 Jun, Ahad ini jam 11:00 malam dan Vietnam pada 8 Jun jam 9:00 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram