CEO JDT Teruja Mula Tugas, Hargai Peluang Oleh Tunku Ismail
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia mengakui teruja apabila memulakan tugasnya bermula pada 1 April.

Sebelum ini, legenda Liverpool itu diumumkan sebagai CEO baharu Harimau Selatan pada 21 Mac lalu.

Ad

Legenda Australia yang juga CEO sebelumnya, Alistair Edwards pula menggalas peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) dan Pengarah Teknikal JDT.

Ad

Penstrukturan ini dibuat Harimau Selatan bagi mengukuhkan dan memaksimumkan kepakaran pengurusan kelab.

Sebaik memulakan tugas, Garcia bukan saja merasa teruja untuk membawa JDT ke tahap yang lebih tinggi selepas ini.

Ad

Malah, beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kerana diberi peluang menggalas peranan tersebut.

Ad

“Hari ini, 1 April, saya teruja untuk memulakan perjalanan saya secara rasmi sebagai CEO Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Ad

“Saya berterima kasih kepada DYAM Tunku Ismail atas kepercayaan dan peluang ini. Saya bersedia menghadapi cabaran baru ini dan membawa kelab ke tahap lebih tinggi. Perjuangan bermula sekarang!”

Garcia merupakan pemegang Lesen Pro UEFA dan Sarjana Eksekutif UEFA untuk Pemain Antarabangsa. Beliau juga merupakan duta FIFA, UEFA, La Liga, Liverpool dan Barcelona.

Garcia pernah menjulang The Emirates FA Cup dan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) bersama Liverpool dan Indian Super League (ISL) bersama Atletico Kolkata.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments