Advertising
Challenge Cup: Kad Merah ‘Bunuh’ Semangat Pemain PDRM
MakanBola
PDRM FC

Jurulatih sementara PDRM, Eddy Gapil akui layangan kad merah memberi kesan kepada pasukannya ketika tumpas kepada Selangor dalam aksi final kedua MFL Challenge Cup pada Sabtu.

Pada perlawanan akhir kedua itu, 4 gol menerusi Ali Olwan, Yohandry Orozco dan Ronnie Fernandez telah memastikan kejuaraan buat Selangor dan mengakhiri kemarau 10 tahun tanpa piala.

Ad

Malah, aksi di Stadium MBPJ tersebut turut dicemari dengan insiden layangan kad merah yang diberikan kepada tonggak PDRM, Eizrul Ashraff di minit ke-19 akibat mengasari pemain Selangor.

Ad

Selepas perlawanan, Eddy Gapil melihat 3 kekurangan ketara antara PDRM san Selangor pada malam itu dengan ketiadaan Ifedayo Olusegun dan Chidi Osuchukwu jelas memberi kesan besar.

”Pertama sekali, kita tidak beraksi dengan skuad yang penuh (oleh kerana) kecederaan dialami oleh Ifedayo (Olusegun dan Chidi (Osuchukwu),” kata Eddy Gapil ketika di sidang media.

Ad

“Jadi, kekuatan pasukan kita tidak ketara di bahagian tengah dan serangan,” tambaj Eddy yang mengambil alih peranan P. Maniam yang difahamkan telah direhatkan sehari sebelum ini.

Ad

Selain itu, kelekaan di awal permainan sehingga dibolosi dua jaringan juga antara perkara yang merugikan pasukan selain layangan kad merah yang dilihay menjejaskan moral pemain-pemain.

Ad

”Keduanya kita dihukum dengan dua gol awal iaitu dalam 10 minit (dibolosi) jaringan gol dan ketiga adalah layangan kad merah yang saya rasa membunuh semangat pemain PDRM.”

Keputusan di Kelana Jaya ini menyaksikan PDRM terpaksa akur terlepas peluang untuk mempertahan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2023 yang lalu.

Sementara itu, ini adalah kejuaraan domestik pertama yang berjaya dimenangi oleh Selangor selepas kali terakhir muncul sebagai juara Piala Malaysia pada tahun 2015 yang lalu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments