Corbin-Ong Cedera Di Final Piala Malaysia?
Piala Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan kiri pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Corbin-Ong mencetuskan kebimbingan selepas beliau dikeluarkan dua minit memasuki babak kedua permainan.

Perlawanan yang berlangsung di SNBJ menyaksikan permukaan padang memberi kesan kepada persembahan kedua-dua pasukan.

Hal ini memberi impak kepada pertahanan kiri dan kanan untuk membuat larian-larian berbahaya bagi membantu jentera serangan.

Advertisements

Semua mata tertumpu kepada kelibat pertahanan kiri JDT dan Malaysia, Corbin-Ong yang menerima terjahan awal pada babak pertama.

Beliau yang kelihatan mengerang kesakitan ketika itu masih meneruskan permainan namun tidak dapat melakukannya pada babak kedua.

Pertembungan dengan pemain Terengganu menyaksikan pemain berusia 33 tahun itu terbaring di atas padang.

Advertisements

Beliau sempat menerima rawatan daripada pegawai perubatan namun akhirnya dikeluarkan dua minit selepas babak kedua bermula.

Posisi beliau diambil alih oleh seorang lagi pemain berbakat, Syahmi Safari kerana Oscar Arribas tidak berada di bangku simpanan.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan seri 1-1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram