Advertisement

Follow us:

Cristiano Ronaldo Hampir Sertai Kelab MLS Sebelum Terima Al-Nassr

Cristiano Ronaldo Al Nassr Fabrizio Romano Cristiano Ronaldo Hampir Sertai Kelab MLS Sebelum Terima Al-Nassr
Fabrizio Romano
Azim Noor
@mohdazim45
4:00pm 31/12/2022
Pivo

Awal pagi tadi, Cristiano Ronaldo telah mengesahkan perpindahannya ke kelab Arab Saudi, Al-Nassr. Tetapi ia boleh saja jadi kisah berbeza sekiranya bekas penyerang Manchester United itu menerima tawaran kelab MLS, Sporting Kansas City (SKC).

Ini didedahkan bekas pemain Amerika Syarikat, Taylor Twellman dalam ciapan Twitternya. Menurut bekas penyerang New England Revolution itu, beberapa kelab MLS cuba mendapatkan khidmat Ronaldo termasuk SKC.

Tetapi SKC dilihat yang paling hampir menarik Ronaldo menyertai liga bola sepak Amerika Syarikat itu. Kem Ronaldo dikatakan mengadakan pelbagai siri mesyuarat bersama pengurusan SKC.

Ini termasuk menyediakan pakej gaji dan perjanjian komersial untuk penyerang tersebut. Tetapi pada akhirnya, legenda Portugal itu memilih menyambung kariernya bersama kelab Al-Nassr.

Menariknya, ciapan Twellman bukan saja dikongsikan oleh wartawan sukan terkenal Fabrizio Romano. Malah, ia turut dikongsikan oleh pemilik SKC, Robb Heineman.

Ciapan Twellman turut dikongsikan oleh pemilik SKC sebagai pengesahan cubaan SKC menarik Ronaldo ke MLS. Gambar: Twitter/Taylor Twellman

Walaupun usaha perpindahan ini tidak berhasil, ini menunjukkan cita-cita besar yang dimiliki SKC dan MLS untuk melihat penyerang terbaik sepanjang zaman itu membarisi liga berkenaan.