Penjaga gawang JDT, Syihan Hazmi tampil dalam kelas tersendiri apabila beraksi dengan cukup cemerlang dalam perlawanan akhir Piala FA 2023.
Penjaga gol utama JDT ini juga cukup tenang dan yakin dalam setiap tindakan yang beliau lakukan. Pada minit ke-60 permainan, aksi versatil yang dipamerkan Syihan telah mencuri tumpuan apabila beliau cukup tenang menahan bola menggunakan dada.
Penjaga gol berusia 27 tahun ini menjelaskan tindakannya itu bagi mendapatkan keyakinan yang lebih ketika beraksi di dalam padang.
Syihan dalam pada itu turut menyatakan bahawa beliau dedikasikan aksi malam ini buat semua penyokong dan penonton di stadium mahupun di rumah.
“Yang itu macam orang cakap apa, konfiden. Itu nak bagi diri kita konfiden, alhamdulillah untuk malam ini. Untuk penyokong yang hadir dan untuk penyokong yang tengah tengok di TV,” ujar Syihan kepada Astro Arena.
Penjaga gol kebangsaan ini sehingga akhir permainan menjaga gawang dengan cukup cemerlang, memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menang bergaya 2-0, tanpa bolos. Kini JDT dan Harimau Malaya memiliki seseorang penjaga gol moden yang yakin dan tangkas.