Daniel Ting Diumumkan Sebagai Pemain JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas pertahanan sensasi KL City, Daniel Sang Ting diumumkan secara rasmi sebagai pemain terbaru Johor Darul Ta’zim.

Daniel Ting yang sebelum ini cemerlang beraksi bersama KL City merangkul Kejuaraan Piala Malaysia 2021 sebelum ini meninggalkan pasukan ibu kota berkenaan atas sebab-sebab dipercayai kerana vaksinasi kini disahkan sebagai pemain JDT.

JDT bukanlah asing buat pemain kacukan England-Malaysia berumur 29 tahun ini memandangkan beliau sebelum ini pernah beraksi bersama JDT 2 pada musim 2016 hingga 2017 sebelum dipinjamkan ke Negeri Sembilan dan membuat 17 penampilan bersama PKNS setahun kemudian.

Advertisements

JDT kini memiliki senarai pemain berkualiti tinggi untuk pasaran Asia dan benar-benar bersedia menghadapi cabaran pusingan kalah mati Liga Juara-juara AFC yang bakal bersambung kelak.

Selain Daniel Ting, JDT turut dikaitkan dengan beberapa pemain warisan seperti Dion Cools selain turut dikaitkan dengan pemain kacukan bertaraf warisan Indonesia, Jordi Amat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram