Status Twitter wartawan sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menimbulkan tanda tanya buat sebilangan penyokong bola sepak Malaysia.
Menurutnya terdapat satu kelab diberikan dana bantuan RM400,000 untuk menyelesaikan masalah semasa namun 15% darinya didakwa dipotong untuk tujuan komisen kepada pihak yang mengaturkan pertemuan.
Walaupun tidak dinyatakan pasukan dan pihak yang terlibat, penyokong mula mengaitkannya dengan beberapa pasukan yang didakwa mengalami masalah pembayaran gaji.
Sebelum ini terdapat beberapa pasukan Liga Super dan Liga Perdana tercalit dengan masalah kelewatan pembayaran gaji semasa dan gaji bekas pemain diberikan dana bantuan oleh DYAM TMJ.
Zulhelmi turut mengakhiri potongan ayatnya “aksi terakhir malam ini” seolah-olah menggambarkan situasi perlawanan melibatkan salah satu pasukan di Liga-M.
Sejauh mana kebenaran dakwaan ini belum dapat dipastikan namun jumlah RM400,000 yang diberikan tersebut adalah satu nilai yang banyak dan sepatutnya digunakan terus untuk pembayaran gaji tertunggak.
Rata-rata penyokong juga tidak bersetuju dengan pemotongan RM60,000 dari jumlah asal RM400,000 yang sepatutnya digunakan untuk tujuan melangsaikan bayaran gaji tertunggak.