Advertisement
Diogo Luis Santo Sah ‘Pergi’ Ke Buriram
Dunia
MakanBola
Thai League Central

Selepas berteka-teki tentang destinasi seterusnya, Diogo Luis Santo akhirnya mendedahkan destinasi terbarunya: Brazil.

Ini didedahkan oleh Presiden Buriram United, Newin Chidchob. Menurut beliau, Diogo akan datang ke Buriram pada Sabtu ini.

Ini bagi membolehkannya mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong setia kelab berkenaan sebelum pulang ke kampung halamannya.

Pendedahan ini turut menjelaskan mengapa bek kiri Buriram, Theerathon Bunmathan berahsia tentang status Diogo.

Diogo menjaringkan 101 gol daripada 105 perlawanan sepanjang tiga musim bersama Thunder Castle.

Dalam tempoh tersebut, beliau membantu Buriram menjulang Liga 1 Thai sebanyak tiga kali, Piala FA Thai dan Piala Liga Thai.

Selain Thunder Castle, Diogo juga pernah mewakili JDT, Santos, Olympiacos dan kelab terakhirnya BG Pathum United.