Selepas khabar angin penamatan kontrak Diogo Luis Santo tersebar, sudah wujud ura-ura destinasi seterusnya untuk bekas penyerang JDT itu.
Seorang penyokong JDT menggunakan nama Juan Budiman percaya bekas penyerang Olympiacos itu bakal menyarung jersi Harimau Selatan musim hadapan.
Tetapi hantaran terbaru bek kiri Thailand dan Buriram United, Theerathon Bunmathan di media sosial mencetuskan gosip panas destinasi terbaru Diogo.
Bunmathan hanya berkata, “Jumpa anda di Buriram Jumaat ini, baiklah, setakat itu saja. Saya takkan sebut lebih daripada itu.”
Ini mencetuskan spekulasi Diogo bakal menyarung semula jersi Buriram United. Buriram bukan asing bagi beliau kerana pernah menjaringkan 105 gol dalam 101 perlawanan untuk kelab berkenaan.