Dion Cools Cemerlang Bantu Buriram United Belasah Sukhotai
Dunia
Buriram United FC
Advertisements

Selepas membuat penampilan pertama bersama Buriram United untuk Asian Charity Shield, Dion Cools tampak tidak kekok di atas padang. Dan itu dibuktikan oleh bek tengah Harimau Malaya itu dengan membantu Buriram mengalahkan Sukhotai 3-0.

Beraksi menggunakan formasi 3-4-3, barisan pertahanan diterajui Cools, Rebin Sulaka dan Chitipat Tanklang berupaya mengekang asakan barisan serangan pasukan tuan rumah.

Dengan Sukhotai tiada idea menembusi pertahanan Thunder Castle, pasukan pelawat membuka jaringan pada minit akhir babak pertama menerusi penyerang import Congo, Jonathan Bolingi.

Advertisements

Selepas rehat, pasukan gergasi Liga Thailand itu meneruskan asakan dan berjaya menambah jaringan menerusi penyerang utama mereka, Supachai Chaided pada minit ke-81.

Pemain tengah kebangsaan Thailand, Peeradol Chamratsamee menambah derita Sukhotai menerusi gol ketiga pada minit ke-90.

Dengan kemenangan ini, Buriram mengekalkan cengkaman di takhta pendahulu liga dengan 42 mata, sembilan mata di hadapan Chonburi di tempat kedua.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram