Advertisements
Dion Cools Cemerlang Beraksi Sebagai “RM”, Sedia Bantu Harimau Malaya
Eropah
MakanBola

Dion Cools menetapi ramalan awal dan beliau kembali beraksi secara kompetitif setelah bergelut untuk pulih dari kecederaan dalam perlawanan lewat pagi tadi menentang pasukan tercorot Liga Super Denmark, Vejle di tempat lawan.

Dion Cools berada dalam kesebelasan utama dan bermain di posisi midfield kanan dengan pengurus pasukan B. Henriksen mengguna pakai formasi 3-4-3.

Dalam perlawanan ini Dion Cools turut kelihatan sudah cergas sepenuhnya dan beraksi pada tahap terbaik berbanding sebelum ini di mana beliau hanya diberikan kira-kira 30 minit aksi kompetitif setiap bulan untuk membantu proses pemulihan secara berperingkat.

Perlawanan memihak kepada FC Midtjylland yang menguasai perlawanan dengan lebih 60% penguasaan bola dan 14 rembatan termasuklah rembatan ke gawang gol oleh Dion Cools.

Walaubagaimanapun perlawanan berakhir dengan seri 1-1 setelah Luka Dordevic berjaya menyamakan kedudukan buat Vejle pada masa kecederaan separuh masa kedua sekaligus membatalkan kelebihan jaringan Erik Sviatchenko yang dihasilkan pada minit ke-57.

Dalam perlawanan ini Dion Cools beraksi lebih 80 minit sebelum digantikan pemain dari Sweden, Joel Andersson.

Joel Andersson sebelum ini kerap dipilih dalam kesebelasan utama berikutan kecergasan Dion Cools belum benar-benar pulih. Dion Cools turut tidak tersenarai dalam kem latihan Harimau Malaya di Jordan atas permasalahan yang sama.

Dion Cools dijangka terbang ke Singapura selepas 14 Disember dan berkemungkinan akan bersama skuad kebangsaan pada perlawanan ke-4 menentang Indonesia.