Dion Cools ‘Terassist’ Pihak Lawan, Kembali Bangkit Bantu Buriram Perkukuh Kedudukan Liga
Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Buriram United memperkukuh kedudukan di tangga teratas Liga Thailand menerusi kemenangan 4-1 mengatasi Khon Kaen United untuk hari perlawanan ke-24.

Kemenangan ini juga bermakna, Buriram hanya memerlukan 2 kemenangan lagi untuk bergelar juara Liga Thailand 1.

Buriram United menguasai permainan seawal minit pertama dan berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-20 menerusi jaringan Lonsana Doumbouya.

Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools bagaimanapun secara tidak sengaja terbantu pihak lawan selepas bola yang ingin dikeluarkan dari kawasan bahaya ditampan penjaga gawang Buriram yang akhirnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang Khon Kaen United, Ibson Melo.

Pemain import dari Brazil tersebut memanfaatkan peluang terhidang lantas menjaringkan gol pernyamaan pada minit ke-30.

Dion Cools bagaimanapun ‘menebus’ kesilapannya selepas berjaya menjadi penggerak utama 1 serangan balas Buriram yang berjaya menghasilkan gol menerusi 1 sepakan penalti sebelum separuh masa pertama tamat.

Advertisements

Penyerang import Buriram, Lonsana Doumbouya tidak menghadapi masalah menghadiahkan 1 jaringan tambahan menjadikan kedudukan 2-1 memihak tuan rumah.

Lonsana Doumbouya melengkapkan hatriknya menerusi tandukan cantik pada minit ke-79 menjadikan kedudukan 3-1 memihak tuan rumah.

Selang beberapa minit kemudian, Supachai menjaringkan gol ke-4 Buriram menerusi satu serangan balas pantas pada minit ke-83. Perlawanan tamat dengan Buriram United menang 4-1 di Chang Arena, Buriram.

Advertisements

Selepas 24 perlawanan, Buriram kini selesa di tangga teratas Liga Thailand dengan 64 mata meninggalkan jauh pesaingan terdekat, Bangkok United yang meraih 49 mata.

Perlawanan ini juga merupakan perlawanan terakhir Dion Cools bersama Buriram United sebelum rehat panjang untuk perlawanan antarabangsa dan beliau akan terbang ke Johor Bahru untuk bersama skuad Kim Pan-gon hadapi saingan Turkmenistan 23 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram