Advertisements
Dua Elemen Jadi Fokus Awal Jese Rodriguez Bersama JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez gembira bersama kelab barunya itu namun beliau kini memberikan fokus kepada dua elemen penting sebelum kembali menggegar.

Dua elemen yang dimaksudkan Jese adalah untuk mendapatkan semula tahap kecergasan selain beliau kini sedang menyesuaikan diri dengan pasukan dan persekitaran baru.

“Saingan liga masih belum berakhir tapi kami gembira dengan prestasi pasukan ketika ini. Secara peribadi saya berasa sangat baik tapi saya percaya saya masih boleh meningkatkan lagi prestasi dan apa yang penting adalah kemenangan buat pasukan.

“Saya baru sahaja bersama pasukan dan masih lagi dalam proses untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik dan menyesuaikan diri.

“Apa pun, saya sangat gembira berada di sini (JDT), saya berusaha untuk memperbaiki prestasi setiap hari dan mahu menyumbang sesuatu kepada JDT,” jelas Jese kepada MFL.

Nama Jese pernah meniti di bibir peminat bola sepak eropah selepas pernah menyarung jersi pasukan gergasi seperti Real Madrid dan juga Paris Saint-Germain (PSG) suatu ketika dahulu.

Penyerang berusia 31 tahun itu kini sudah merekodkan dua penampilan bersama JDT iaitu bagi saingan Liga Super dan AFC Champions League Elite (ACLE).

Bukan mudah untuk Jese merebut tempat di dalam kesebelasan utama JDT yang kini turut dibarisi dua lagi penyerang berbisa iaitu Bergson da Silva dan Jorge Obregon.