Dua Pemain Malaysia Catat Penilaian Tertinggi Vs Vietnam
MakanBola
Malaysia National Team

Dua pemain Malaysia menunjukkan aksi cemerlang dalam aksi separuh akhir pertama ASEAN Hyundai Cup menentang Vietnam pada 16 Ogos lalu.

Dua pemain yang dimaksudkan ialah pemain baharu PSM Makassar, Sergio Aguero dan penjaga gol Negeri Sembilan FC, Azri Ghani. Aksi cemerlang dua tonggak Harimau Malaya itu mendapat penilaian terbaik oleh Sofascore.

Kesungguhan Aguero mengemudi jentera tengah skuad kebangsaan menyaksikan beliau mendapat markah 7.4. Ketangkasan Azri mengawal gawang negara pula mendapat markah 7.3

Hal ini bukan saja menunjukkan kepentingan mereka antara tonggak penting dalam skuad yang dibimbing jurulatih interim Malaysia, Tan Cheng Hoe.

Malah, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki Azri dan Aguero memastikan Malaysia mampu memberi cabaran kepada Vietnam sepanjang perlawanan itu.

Aksi tersebut menyaksikan Vietnam meraih kelebihan dua gol menerusi Nguyen Xuan Son dan gol sendiri Faris Danish Mohd Asrul.

Malaysia perlu bangkit dalam aksi timbal balik di Hanoi pada 19 Ogos ini jika mahu memburu tiket final ASEAN Hyundai Cup. Selain itu, aksi itu juga berpotensi menjadi peluang buat Harimau Malaya menamatkan kemarau kemenangan ke atas Vietnam sejak 2014.