Sergio Aguero Berkelana Ke PSM Makassar
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang naturalisasi sensasi Malaysia, Sergio Aguero akhirnya menemui destinasi untuk mengharungi saingan liga baharu selepas disahkan menyertai PSM Makassar pada Ahad.

Perpindahan Aguero ke PSM Makassar telah diumumkan pihak kelab melalui satu kenyataan yang disiarkan di semua laman sosial rasmi pasukan.

“Selamat datang ke keluarga, Sergio Fabian Ezequiel Agüero.”

“Juku Eja akan mendapatkan sentuhan Tango-Malaya musim ini setelah bergabungnya Sergio Aguero, pemain tim nasional Malaysia kelahiran Argentina. Ewako Pakcik Sergio Aguero,” kata PSM Makassar dalam satu kenyataan di laman media sosial.

Bekas pemain Kanchanaburi Power FC itu dijangka bakal merebut tempat di bahagian tengah menyerang PSM Makassar dengan Fahrul Aditia dan Kaka Amrullah.

Perpindahan ini sekali gus mengesahkan khabar angin bahawa beliau akan berhijrah ke Indonesia selepas tamat kempen Liga Thailand musim 2025/26.

Selain mampu beraksi sebagai pemain tengah menyerang, Sergio juga boleh mengisi posisi di bahagian tengah bertahan dan penyerang jika perlu.

Beliau telah merekodkan 12 gol dan 14 bantuan jaringan sepanjang karier profesionalnya sejak 2013.

Sergio Aguero menandatangani kontrak selama dua tahun bersama PSM Makassar, berkuat kuasa dari 1 Ogos lalu hingga 30 Jun 2028.