“Malaysia Ada Kelebihan Berbanding Thailand” – Sergio Aguero
MakanBola
MALAYSIA NT

Pemain naturalisasi Malaysia, Sergio Aguero mengakui Harimau Malaya mempunyai kelebihan mengatasi Thailand pada aksi ketiga kempen Kumpulan B ASEAN Hyundai Cup 2026.

Selepas Harimau Malaya berjaya menundukkan Myanmar & Laos, Aguero yakin skuad negara mampu mencipta kejutan menewaskan jaguh Asia Tenggara, Changsuek pada esok malam.

Meskipun Malaysia tidak dapat menggunakan khidmat pemain baharu Star City, Endrick dos Santos akibat kecederaan MCL. Harimau Malaya turut dibarisi beberapa pemain simpanan yang berkualiti bagi menggantikan posisi itu seperti Wan Kuzain.

“Sudah tentu, kami mungkin mempunyai sedikit kelebihan kerana telah mengharungi dua perlawanan.”

“Kami dapat melihat peningkatan pasukan, dan prestasi kami dalam perlawanan kedua sangat baik. Kami datang ke sini untuk sekali lagi mempamerkan kualiti permainan kami.”

“Saya berpendapat Malaysia dan Thailand mempunyai gaya permainan yang serupa, dan kami berada di sini untuk cuba meraih keputusan positif,” kata Sergio Aguero dalam sidang media praperlawanan.

Malaysia akan turun menentang Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan B ASEAN Hyundai Cup pada 1 Ogos ini.

Sekiranya Malaysia menang, Harimau Malaya akan mengesahkan kemaraan ke pusingan separuh akhir ASEAN Hyundai Cup 2026 meskipun berbaki satu lagi perlawanan peringkat kumpulan bertemu Filipina di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 8 Ogos.