Senario baik buat kedudukan ranking FIFA Malaysia jika berjaya menewaskan Thailand, malam esok.
Aksi ketiga Kumpulan B, Piala Hyundai ASEAN 2026 menyaksikan Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun dengan momentum terbaik di Bangkok.
Skuad kebangsaan masih segar dengan kejayaan menumpaskan Laos 4-0 di laman sendiri, sekali gus membawa momentum terbaik menentang jaguh Asia Tenggara itu di Stadium Rajamangala.
Pasukan bimbingan Anthony Hudson juga meraih kemenangan besar ke atas Laos dengan keputusan 5-0 dan memberi gambaran awal terhadap bertemuan dengan Malaysia, Sabtu ini.
Rekod pertemuan lalu menyaksikan Malaysia tewas tipis 1-0 kepada skuad gajah perang pada aksi Aksi Piala ASEAN Mitshubishi Elektrik 2024.
Terdapat tiga senario menanti Malaysia selepas pertemuan menentant Thailand. Sekiranya menang, Harimau Malaya bakal memperoleh tambahan +3.25 mata yang membawa pungutan mata sebanyak 1091.04 mata namun kekal di tangga 136 dunia.
Tambahan +0.75 mata juga menanti Malaysia sekiranya berjaya mengikat pasukan ke-95 dunia itu di gelanggang lawan – menjadikan mata terkumpul sebanyak 1088.54 mata berdasarkan kiraan masa-nyata FIFA.
Walau bagaimanapun, Harimau Malaya berisiko untuk kehilangan -1.75 mata sekiranya tunduk di tangan Thailand, yang membawa kepada jumlah mata sebanyak 1086.04 mata.
Aksi Thailand bertemu Malaysia dijadual pada Sabtu, 1 Ogos 2026 di Stadium Rajamangala, Bangkok jam 9.00 malam (waktu Malaysia).