Ads
“Dulu Takut Silap, Itu Bukan Pearly Tan-Thinaah Yang Sebenar”
UltraSukan
Yonex All England

Beregu wanita negara, Pearly Tan-Thinaah M. yakin aksi sebenar mereka bakal tiba tidak lama lagi.

Advertisements

Perjuangan dalam temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris diteruskan dengan penuh bergaya apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir.

Advertisements

Kejayaan manis menewaskan beregu ke-13 dunia dari Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam aksi terakhir Kumpulan A memastikan kemaraan wakil negara ini.

Advertisements
Advertisements

Mereka dalam satu temu bual bersama Astro Arena menzahirkan rasa puas dan berbesar hati apabila mencipta kejayaan yang dianggap luar daripada jangkaan asal.

“Kami rasa seperti tidak percaya. Semasa undian keluar, kita hanya mampu ketawa. Kita sedar bahawa ini merupakan undian yang sukar.

Advertisements

“Olimpik merupakan satu pentas yang besar. Kita mahu memberikan 100 peratus ketika beraksi dalam gelanggang. Mara hingga ke suku akhir merupakan impian menjadi kenyataan untuk kami,” jelasnya.

Fokus Pearly Tan dan M.Thinaah adalah untuk meneruskan momentum kemenangan selepas ini dan mahu memperagakan aksi sebenar setiap kali berjuang dalam gelanggang.

“Daripada aksi di Terbuka Indonesia juga kita sudah dapat kembali rentak sebenar. Dulu kita takut untuk buat silap tetapi itu bukan Pearly Tan dan Thinaah yang sebenar,” tambah mereka lagi.

Advertisements

Kemenangan ini membolehkan Pearly-Thinaah mengiringi Qing Chen-Yi Fan selaku naib juara Kumpulan A.


Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram