Endrick Dos Santos Pemain Import Terbaru JDT
Dunia
Penang FC
Advertisements

Selepas membawa kembali Diogo Luis Santo ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), seorang lagi pemain Brazil telah menyertai skuad JDT. Pemain tersebut ialah bekas pemain tengah Penang FC, Endrick Dos Santos.

Pengumuman perpindahan tersebut dibuat Harimau Selatan menerusi hantaran video di laman media sosial mereka hari ini.

Memulakan kariernya di Ypiranga (Brazil), dia mula dikenali penyokong bola sepak negara selepas tampil bersama Felcra FC, Selangor dan Penang FC. Semasa di Penang FC, dia membantu skuad Harimau Kumbang menjulang Liga Perdana pada 2020.

Advertisements

Bagaimanapun, akibat kempen hambar Penang FC dalam Liga Super musim lepas, pengurusan Harimau Kumbang melepaskan Endrick, Casagrande, Hilal El-Helwe, Lucas Espindola da Silva dan Christian Rontini.

Selepas dilepaskan Penang FC, beberapa kelab Jepun dan Thailand dikhabarkan turut mengintai khidmatnya sebelum menerima tawaran JDT.

Advertisements

Memandangkan Endrick telah berada di Malaysia selama lima tahun, maka dia boleh menjalani proses naturalisasi dan didaftarkan sebagai pemain naturalisasi selepas mendapat lampu hijau Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ini sekaligus menambah bilangan pemain yang boleh dipilih Kim Pan-gon bagi mewakili Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram