FAM Ambil Alih NFDP
MakanBola
FA Malaysia

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sah diambil alih oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini selepas FAM mengesahkan aspek teknikal program itu kini dikendalikan oleh badan induk tersebut.

Seramai 198 orang pelatih dari peringkat umur 13 hingga 17 tahun telah memulakan sesi 2026 dengan latihan pertama di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang pada 12 Januari lalu.

Pengambilalihan ini turut menyaksikan pengenalan wajah baharu barisan kejurulatihan AMD yang diumumkan baru-baru ini.

Pengarah Teknikal NFDP, Datuk Ong Kim Swee bakal dibantu Penolong Pengarah Teknikal NFDP, Dato’ Dollah Salleh.

Hassan Sazali Waras, Rusdi Suparman, P. Maniam, Shukor Adan dan Noor Zaidi Rohmat masing-masing dilantik sebagai ketua jurulatih skuad AMD B-13, B-14, B-15, B-16 dan B-17.

Razip Ismail pula kini memikul tugas sebagai Ketua Pendidik Jurulatih dan Pencarian Bakat NFDP.