Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket baharu bagi aksi separuh akhir Piala Hyundai ASEAN 2026 di antara Malaysia dan Vietnam.
Menerusi hantaran di laman instagram FAM, para penyokong boleh mendapatkan tiket perlawanan Malaysia menentang Vietnam dengan harga di antara RM 5 sehingga RM 100.
Bagi tempat duduk terbuka, tiket dijual dengan harga RM 50 kepada para peminat manakala bagi kanak-kanak bawah 12 tahun pula, tiket dijual pada harga serendah RM 5 sahaja.
Tiket di tempat duduk grandstand akan dijual dengan harga RM 70. Para penyokong yang mahu merasai pengalaman menonton di tempat duduk VIP, tiket dijual pada harga RM 100 sahaja.
Tiket kini boleh dibeli oleh para peminat Harimau Malaya secara atas talian menerusi laman sesawang Ticket Hotline bermula Selasa, 11 Ogos 2026.
Aksi skuad kebangsaan akan tetap diteruskan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kerana kerja naik taraf oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebagai persediaan awal menghadapi Sukan SEA 2027 di TM Stadium Nasional.
Perlawanan ini menjadi hangat kerana kedua-dua pasukan semestinya mahu mara ke final Piala Hyundai ASEAN 2026 dan dijadualkan bertemu pemenang antara Thailand & Singapura dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Malaysia bakal bertemu Vietnam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 16 Ogos ini sebelum terbang ke Hanoi untuk aksi separuh akhir kedua Piala Hyundai ASEAN 2026, 19 Ogos.