Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai pemain skuad Malaysia B-15 yang akan bersaing dalam Kejohanan Emerging Socceroos 2025.
10 pemain dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang diketuai Adam Nurfakrullah Mohd Fadli berada dalam skuad yang dibimbing Noor Zaidi Rohmat.
Ahmad Aril Ridzman Ahmad Ridzalman pula mengetuai empat pemain dari SMK Taman Desa Skudai.
Malaysia B-15 turut memiliki empat pemain masing-masing mewakili Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), SMK Ibrahim Fikri, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan SMK Putrajaya Presint 14 (1).
18 pemain ini akan bertolak ke Melbourne, Australia pada 4 Julai ini. Malaysia B-15 berada dalam Kumpulan D bersama Victoria White, Queensland Maroon dan Capital Football.
Skuad negara akan membuka kempen kumpulan dengan menentang Victoria White pada 6 Julai. Ini disusuli aksi menentang Capital Football pada 7 Julai dan Queensland Maroon (8 Julai).
Dua pasukan teratas akan mara ke peringkat suku akhir. Pasukan tempat ketiga dan keempat setiap kumpulan akan berentap untuk penentuan tempat kesembilan hingga ke-16.