Fandi Ahmad Rasmi Jurulatih Baharu Sri Pahang
Dunia
Official Sri Pahang
Advertisements

Sebagai tanda Sri Pahang mahu bangkit selepas kempen hambar dalam Liga Malaysia musim lepas, mereka telah mendedahkan identiti jurulatih baru mereka iaitu legenda Singapura, Fandi Ahmad.

Sebelum ini, sudah ada ura-ura menyatakan penasihat teknikal skuad Tok Gajah itu telah dipilih untuk mengisi jawatan tersebut. Ini selepas beliau dilihat muncul dalam sesi latihan pertama pasukan itu beberapa minggu lepas.

Hari ini, ia disahkan secara rasmi menerusi siaran laman media sosial Sri Pahang yang merujuknya sebagai ketua jurulatih.

Advertisements

Fandi bukan asing bagi skuad Tok Gajah. Ini kerana beliau pernah beraksi bersama pasukan itu selama dua musim dari 1991 hingga 1992. Semasa tempoh itu, Fandi membantu mereka menjulang Liga Malaysia 1992 dan Piala Malaysia 1992.

Selepas menggantung but, beliau menjadi jurulatih beberapa pasukan seperti Pelita Jaya (Indonesia), JDT dan LionsXII. Semasa bersama LionsXII, Fandi membantu mereka menjulang Piala FA pada 2015.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram