Feroz Baharudin Bakal Jadi Tonggak JDT Musim Hadapan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas penyerang negara Rudie Ramlie menjangkakan bek tengah JDT, Feroz Baharudin bakal menjadi pemain penting pasukan tersebut pada musim hadapan.

Ini disebabkan pemain berusia 22 tahun itu menunjukkan kematangannya dalam setiap perlawanan. Ini termasuk perlawanan menentang PJ City baru-baru ini.

Bergandingan dengan bek tengah kebangsaan Shahrul Saad, gandingan mereka berjaya memastikan benteng pertahanan JDT tidak dibolosi pemain-pemain PJ City.

Advertisements

Dalam temubualnya bersama MFL, Rudie menambah, “Feroz bagi saya bagaikan bintang dalam pembikinan dan dia begitu serasi bergandingan dengan pertahanan berpengalaman, Shahrul Saad.

“Mungkin peluang berlatih dengan ramai pemain berkualiti di JDT membantu perkembangannya sebagai pemain dan saya rasa dia mampu pergi jauh.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram