FIFA Manager Nilai Luqman Hakim Sebagai Pemain Dengan ‘Workrate’ Yang Tinggi

luqman arif safiq FIFA Manager Nilai Luqman Hakim Sebagai Pemain Dengan 'Workrate' Yang Tinggi
FAM
Azri Haziq @azrihazq
10:44pm 18/03/2022

Bintang muda Harimau Malaya, Luqman Hakim Shamsudin terus mendapat perhatian ramai apabila beliau kini dinilai sebagai pemain yang mempunyai ‘workrate’ yang tinggi dalam permainan FIFA 21 oleh EA Sports.

Seorang pengguna laman sesawang Facebook, Abdul Rahim Abdul Rashid tampil menjelaskan di ruangan komen Facebook MakanBola bahawa Luqman menjadi taruhan utamanya sebagai super-sub dalam FIFA 21 (Football Manager). Hal ini kerana pemain muda ini memiliki ‘workrate’ yang tinggi.

Menurut Abdul Rahim, walaupun di FIFA 21 Luqman berada pada tanda harga yang murah, namun keupayaan pemain muda ini cukup mantap. Abdul Rahim percaya, FIFA sendiri yakin dengan kebolehan Luqman apabila pemain KV Kortjik ini dinilai dengan ‘rating’ sebanyak 64.

Jika disemak menerusi laman web Futhead, ia turut memaparkan statistik dan ‘rating’ yang baik buat Luqman Hakim Shamsudin di permainan video FIFA 22. Luqman dinilai dengan Workrate – Medium dan rating sebanyak 57.

Melihatkan kepada kesungguhan permata muda yang berkelana di bumi Belgium ini, ramai yang yakin dan percaya bahawa beliau akan terus menyinar.

Luqman Hakim turut berjaya memikat hati pengendali baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk menjadi penggempur skuad kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Asia, bulan Jun kelak.