Foto Terkini Gonzalo Cabrera Tular
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelibat bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera sememangnya sudah lama tidak kelihatan selepas meninggalkan kelab tersebut pada 2021.

Namun selepas hampir empat tahun tidak muncul di mana-mana platform media sosial, foto terkini Cabrera kembali tular baru-baru ini.

Di dalam satu video yang tular di laman Tiktok, foto terkini Cabrera telah dikongsikan oleh beberapa peminat dan ianya mendapat perhatian ramai terutamanya peminat bola sepak tempatan.

Foto yang dikongsikan itu memperlihatkan Cabrera sedang duduk bersama seorang lagi bekas pemain JDT, Leandro Velazquez di dalam sebuah kafe.

Difahamkan foto tersebut telah dikongsikan oleh Velazquez melalui Instagram Story sebelum ada di kalangan pengikut pemain itu membuat tangkap layar dan berkongsi di laman Tiktok.

Hasil tinjauan di Transfermarkt, Cabrera yang kini berusia 36 tahun telah disahkan bersara pada Disember 2021 selepas meninggalkan JDT buat kali kedua.

Sepanjang bersama JDT, beliau telah membantu pasukan itu untuk meraih 11 trofi termasuklah 5 piala Liga Super, 4 Piala Sumbangsih dan juga 2 Piala Malaysia pada tahun 2017 dan 2019.