Ads
Habib Haroon Tinggalkan Kedah?
Transfer
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan bakal kehilangan khidmat pemain tengah import dari Bahrain, Habib Haroon.

Advertisements

Habib merupakan sebahagian daripada tonggak import baru Kedah untuk musim 2024/25. Selain beliau, Sang Kenari turut merekrut Ebenezer Assifuah, Milos Gordic, Cleylton, Sukhrob Nurullaev dan Sony Norde.

Advertisements

Sebelum ini, Habib turut beraksi dengan pasukan Pantai Timur, Terengganu FC dari 2021 hingga 2023.

Advertisements
Advertisements

Kini, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi melaporkan jodoh pemain berusia 23 tahun itu dengan Kenari bakal berakhir. Ini kerana Habib dikhabarkan bakal menyertai kelab Bahrain, Sitra.

“Difahamkan tonggak import tengah Kedah Darul Aman, Habib Haroon ucap selamat tinggal kepada pasukan selepas capai persetujuan bersama dengan pihak pengurusan kelab.

Advertisements

“Habib dijangka menyertai kelab Sitra yang beraksi di Liga Premier Bahrain,” katanya dalam satu hantaran di X.

Sekiranya khabar angin perpindahan ini menjadi kenyataan, Habib mengikut jejak beberapa pemain import lain yang meninggalkan saingan Liga Malaysia (Liga M).

Antara bintang import yang berbuat demikian ialah Ramon Machado, Kuvondik Ruziev, Prince Aggreh dan Lazar Sajcic.

Advertisements

Habib sudah merekodkan 11 penampilan bersama Sang Kenari dalam Liga M musim ini termasuk empat penampilan Piala FA 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram