Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia berpeluang untuk meraih ganjaran hampir RM1 juta.
Sepanjang musim 2024, Zii Jia mempamerkan persembahan cemerlang apabila meraih 2 kejuaraan di Thailand Open dan Australia Open selain muncul naib juara di Malaysia Master.
Persembahan cemerlang di kejohanan sepanjang musim ini mengukuhkan kedudukan Zii Jia dalam kelompok 8 pemain perseorangan lelaki terbaik dalam carta Race To Hangzhou.
Ini sekaligus mengesahkan tempat jaguh kelahiran Kedah ini ke World Tour Finals yang bakal berlangsung pada Disember ini setelah kali terakhir Zii Jia layak ketika di edisi 2021 lalu.
Menariknya, saingan World Tour Finals ini turut menawarkan hadiah wang kemenangan yang lumayan bukan sahaja buat pemenang, malah untuk pemain yang terkandas di peringkat kumpulan.
Oleh itu, Zii Jia selaku wakil tunggal perseorangan Malaysia berpeluang memperoleh USD15,000 bersamaan RM66,598 andainya mengakhiri saingan kumpulan di tempat keempat.
Manakala, bagi tempat ketiga bakal membawa pulang wang kemenangan berjumlah USD27,500 iaitu sekitar RM27,500 bagi acara perseorangan.
Sekiranya Zii Jia mara ke separuh akhir dengan berada di 2 tangga teratas kumpulan, USD50,000 (RM221,981) sudah pasti di dalam genggaman anak jati Kedah ini selaku semi-finalist.
Juara World Tour Finals bagi acara perseorangan pula bakal membawa pulang hadiah wang kemenangan USD200,000 (RM888,118) manakala naib juara bakal meraih US100,000 (RM444,024)
Berdasarkan prestasi sepanjang musim ini, tidak mustahil buat Lee Zii Jia untuk kembali mempamer aksi memukau sekaligus mencipta kejayaan di World Tour Finals nanti
Zii Jia dan 7 lagi jaguh dunia yang layak bakal diundi untuk berada di dalam 2 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 4 pemain yang akan merebut dua tiket ke separuh akhir.
Majlis undian peringkat kumpulan World Tour Finals bakal berlangsung pada 7 Disember hadapan