Harimau Malaya Sisihkan 5 Pemain Muda
MakanBola
Malaysia NT

Seramai 5 orang pemain muda terpaksa disisihkan dari kem latihan skuad Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski ketika ini berkampung di Johor Bharu sejak Isnin lalu untuk persiapan menghadapi 3 perlawanan penting pada bulan Mei dan Jun ini.

Sesi latihan fasa pertama ini menyaksikan 28 daripada 38 pemain melaporkan diri dengan nama-nama seperti Hong Wan, Faisal Halim, Arif Aiman dan penjaga gol, Haziq Nadzli.

Kini, kem latihan sudah memasuki fasa 2 dengan nama-nama seperti Syihan Hazmi, Corbin-Ong, Matthew Davies, Shahrul Saad, Junior Eldstal, Afiq Fazail, Romel Morales dan Endrick tiba bersama pasukan.

Kehadiran 8 orang tonggak ini menyaksikan beberapa nama terpaksa disisihkan melibatkan 5 orang pemain muda iaitu Shafizan Arshad, Alif Ahmad, Aiman Hakimi, Haykal Danish dan Muhammad Abu Khalil.

Ini menjadikan jumlah pemain yang menyertai kem latihan Harimau Malaya kini adalah seramai 31 orang menjelang aksi persahabatan pertama menentang Cape Verde pada 29 Mei ini.