Advertising
India Open: Pearly Tan-M. Thinaah Bergaya Ke Suku Akhir, Tundukkan Yi Fan-Shu Xian
UltraSukan
MSN Malaysia

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah mengesahkan tiket ke suku akhir India Open 2025.

Pearly-Thinaah mara selepas beregu ke-75 dunia dari China, Jia Yi Fan dan Zhang Shu Xian memilih menarik diri dalam aksi pusingan kedua.

Ad

Selepas meraih kemenangan ke atas wakil India, Prerana Alvekar dan Mrunmayee Deshpande, beregu negara mahu meneruskan rentak kemenangan ke atas Yi Fan-Shu Xian.

Ad

Kelebihan ranking memihak kepada Pearly-Thinaah selaku beregu nombor tujuh dunia. Meskipun begitu, Yi Fan-Shu Xian berupaya mencipta kejutan seperti yang dipamerkan dalam Malaysia Open 2025.

Antara mangsa kejutan mereka dalam kejohanan itu ialah rakan senegara yang juga beregu nombor dua dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning. Sheng Shu-Tan Ning tewas mengejut di tangan Yi Fan-Shu Xian dengan keputusan 21-19, 16-21, 17-21.

Ad

Set pertama menyaksikan beregu negara mempamerkan prestasi mantap di atas gelanggang. Ini terbukti apabila Pearly-Thinaah mendahului pada kedudukan 11-4.

Ad

Juara Hong Kong Open 2024 itu kemudiannya mara ke peringkat suku akhir tanpa sebarang masalah. Ini selepas Yi Fan-Shu Xian menarik diri ketika perlawanan set pertama berada pada kedudukan 14-4.

Ad

Keputusan ini menyaksikan Pearly-Thinaah bakal menanti sama ada Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto atau Tanisha Crasto-Ashwini Ponnapa di peringkat suku akhir.