Advertisements
Individu Tidak Bertanggungjawab Sebar Poster Mahu Zamsaham Lepaskan PSPS Riau
Dunia
MakanBola
PSPS Riau

Ujian demi ujian menimpa pemilik PSPS Riau dan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham. Pada minggu lalu, penyokong PSPS Riau mula melakukan rusuhan dan merosakkan fasiliti stadium.

Difahamkan, tragedi rusuhan itu dipercayai sebagai petanda amarah dari penyokong selepas pasukan PSPS Riau masih gagal mencapai kemenangan di Liga 2 Indonesia musim ini.

Keadaan menjadi semakin parah buat pemilik kelab PSPS Riau dan Kelantan FC, Norizam Tukiman atau nama Zamsaham selepas tular poster usahawan terkenal itu di tepi hentian bas dipercayai di Indonesia.

Terdapat dua poster yang ditampal di kawasan itu dengan kedua-dua poster itu tertera perkataan ‘Zamsaham Out’.

Ini bukanlah kali pertama Zamsaham berhadapan dengan tekanan dari penyokong PSPS Riau. Sebelum ini, Zamsaham juga pernah diugut dengan mensasarkan bisnes Zamsaham di sana menjadi sasaran.

PSPS Riau kini berada di tangga tercorot Liga 2 Indonesia Kumpulan A dengan hanya mengumpul satu mata hasil satu keputusan seri.