Ini Jumlah Pemain Warisan Harimau Malaya Hadapi Vietnam
MakanBola
Malaysia NT

Harimau Malaya dilaporkan bakal menyambut ketibaan kira-kira 7 tonggak warisan baharu menjelang pertemuan menentang Vietnam.

Skuad kendalian Peter Cklamovski telah mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 menentang pasukan ke-72 dunia, Cape Verde.

Pasukan kebangsaan dalam misi penting untuk melakar kemenangan ke atas Vietnam yang juga juara bertahan ASEAN Championship 2024 pada aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Malaysia NT baru-baru ini telah mengumumkan ketibaan pemain warisan baharu dari LaLiga, Facundo Garces yang beraksi pada posisi pertahanan.

4 pemain lagi diumumkan oleh Malaysia NT iaitu pemain sayap lincah, Imanol Machuca di samping tiga pemain lagi iaitu Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado dan juga Jon Irazabal.

Joao Figueiredo yang beraksi di Basaksehir juga menyatakan hasratnya untuk melangkah lebih jauh bersama skuad kebangsaan di pentas peringkat Asia.

“Secara peribadi, musim ini amat bermakna bagi saya. Kini, dapat mewakili Malaysia serta berkongsi impian ini bersama anda semua untuk melangkah lebih jauh di peringkat Asia dan dunia benar-benar satu penghormatan.

“Saya tak sabar merasai sokongan dan kasih sayang daripada para penyokong. Ia sesuatu yang unik dan luar biasa,” katanya.

Kehadiran pemain baharu ini bakal menambah kekuatan pasukan kebangsaan menjelang pertemuan menentang Vietnam, 10 Jun ini.

Malaysia kini memiliki 7 orang pemain warisan baharu termasuklah Hector Hevel dan juga Gabriel Palmero.