Irfan Zakaria Jadi Rebutan Sabah, KL City
Dunia
KL City
Advertisements

Selepas membantu KL City muncul naib juara Piala AFC 2022, bek tengah pasukan kebangsaan Irfan Zakaria perlu membuat satu keputusan penting: pilih pasukan mana yang diwakili musim hadapan. Ini selepas Sabah dilaporkan mengintai khidmatnya bagi memperkukuh pertahanan mereka.

Sejak pulih daripada kecederaan urat buku lali yang terputus pada tahun lepas, Irfan bangkit dan menunjukkan bisanya sebagai bek tengah berkualiti dalam Liga Malaysia. Prestasi cemerlangnya bersama KL City turut melayakkannya tersenarai dalam kategori Pertahanan Terbaik untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022.

Irfan dikhabarkan sedang menimbang dua tawaran kontrak pasukan iaitu KL City dan Sabah menjelang musim baru Liga Malaysia. Sekiranya dia kekal bersama City Boys, Irfan boleh membina reputasinya sebagai bek tengah berwibawa di bawah bimbingan Bojan Hodak.

Advertisements

Tetapi sekiranya dia memilih menyertai pasukan Badak, Irfan akan kembali bekerjasama dengan Datuk Ong Kim Swee. Jurulatih Sabah itu pernah membimbing bekas pemain Kedah itu dalam pasukan bawah 23 tahun negara yang meraih pingat perak acara bola sepak Sukan Sea 2017.

Dan dikhabarkan Irfan telah bersetuju menyertai skuad Sabah. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dia bakal disertai oleh duo PJ City FC iaitu penyerang kebangsaan Darren Lok dan S. Kumaahran sebagai trio pemain baru skuad Badak untuk saingan musim hadapan.

Walau apapun pilihan Irfan pada akhirnya, kehadirannya di bahagian pertahanan bakal membantu pasukan yang diwakilinya melakar pencapaian hebat dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram