Lapan wakil Johor Darul Ta’zim (JDT) tercalon untuk Liga M Awards.
Lapan figura tersebut ialah Syihan Hazmi Mohamed, La’Vere Corbin Ong, Stuart Wilkin, Afiq Fazail, Eddy Israfilov, Bergson da Silva, Christian Abad dan jurulatih, Xisco Munoz.
Afiq dan Stuart masing-masing bersaing untuk anugerah Pemain Tengah Terbaik. Israfilov dan Bergson pula bersaing untuk anugerah Pemain Import Terbaik.
Syihan, Corbin dan Abad pula masing-masing tercalon untuk anugerah Penjaga Gol Terbaik, Pemain Pertahanan Terbaik dan Pemain Muda Terbaik. Munoz berdepan cabaran sembilan pencabar untuk anugerah Jurulatih Terbaik.
Bergson berpotensi mengungguli anugerah penjaring terbanyak liga. Ini selepas calon pemain naturalisasi Harimau Malaya itu muncul penjaring terbanyak liga musim lalu dengan 27 gol.
Pemain baharu Kuching City FC, Safawi Rasid pula berpotensi merangkul anugerah penjaring terbanyak liga untuk penyerang tempatan. Ini selepas Safawi meledakkan 13 gol semasa bersama Kuala Lumpur City FC (KL City FC) musim lalu.
Liga M Awards merupakan nama baharu untuk Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK). 15 kategori dipertandingkan untuk anugerah kali ini dan dijangka diadakan pada Ogos ini.
Peminat yang ingin mengundi anugerah Fan XI dan Gol Terbaik Musim 2025/26 boleh berbuat demikian dengan mengunjungi laman sesawang Malaysian Football League (MFL). Undian dibuka sehingga 17 Julai ini, jam 11.55 malam.