JDT & AMD Hantar Dua Wakil Ke Piala Belia 2026
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) masing-masing menghantar dua wakil untuk saingan Piala Belia 2026.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 12 pasukan yang akan bertanding untuk edisi 2026.

JDT menghantar dua wakil iaitu JDT IV dan JDT V. AMD pula diwakili oleh AMD A dan AMD B.

Lebih menarik, satu wakil Liga A1 Semi-Pro iaitu Kelantan WTS FC turut menghantar pasukan bersaing dalam edisi kali ini.

Turut sama mengambil bahagian ialah Selangor FC, Terengganu FC Bawah 18 Tahun (B-18), Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Penang FC III.

Sabah FC III, PDRM FC dan Akademi Kuching City melengkapkan senarai pasukan yang akan bertanding.

Piala Belia 2026 akan menggunakan format liga dua pusingan sama seperti Piala Presiden 2026. Kejohanan itu akan berlangsung dari 2 Mei hingga 25 Oktober ini.