JDT Perkenal Jersi Penjaga Gol, Tampil Dengan Identiti Berbeza
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selepas memperkenalkan jersi ketiga berwarna hijau neon semalam, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memperkenalkan jersi baru penjaga gol mereka.

Pengenalan jersi baru penjaga gol JDT musim 2024/25 dibuat di platform media sosial Johor Southern Tigers hari ini.

Tidak seperti jersi penjaga gol mereka pada musim 2023 yang mengetengahkan warna kuning dan biru sebagai warna utama, jersi kali ini menampilkan rekaan berbeza.

Advertisements

Pengeluar jersi Harimau Selatan, Nike memasukkan corak belang harimau pada jersi penjaga gol JDT musim 2024/25 bagi menjadikan ia kelihatan menonjol.

Masih mengekalkan warna biru sebagai warna utama, jersi penjaga gol JDT turut mengetengahkan dua warna baru iaitu hijau dan ungu.

Dua penjaga gol utama Harimau Selatan, Syihan Hazmi Mohamed dan Farizal Marlias kelihatan segak memakai jersi penjaga gol baru mereka.

Advertisements

Menariknya, video pengenalan jersi penjaga gol JDT ini turut memperkenalkan seorang penjaga gol misteri yang mengenakan kit jersi berwarna ungu.

Ramai penyokong Harimau Selatan percaya penjaga gol misteri itu merupakan penjaga gol baru pasukan itu.

Perkara ini pernah dikhabarkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam segmen redONE Keluar Masuk Liga M untuk Nadi Arena beberapa minggu lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram